Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tukang masak tinggalkan Johor ke S’pura untuk gaji lebih tinggi

May 22, 2023 | 03:06 PM



JOHOR BAHRU – Kedai-kedai makan di Johor Bahru berdepan masalah berganda apabila mahu menggaji dan mengekalkan tukang masak sedang bilangan pelanggan kian meningkat menyusuli pembukaan semula sempadan dengan Singapura.

Presiden Persatuan Tukang Masak Johor Bahru, Encik John Ang berkata terdapat persaingan sengit di kalangan pemilik restoran dan kedai kopi untuk mendapatkan tukang masak dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi untuk menarik dan mengekalkan pekerja.

“Masalah kekurangan tukang masak telah berlarutan selama bertahun-tahun di Johor Bahru kerana jarak kami yang dekat dengan Singapura, tetapi ia nampaknya semakin serius sejak pembukaan semula sempadan tahun lepas,” katanya kepada The Star.

“Ramai tukang masak tempatan kami ke Singapura. Mereka boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga kali ganda gaji berbanding bekerja di sini. Ini berlaku apabila perniagaan makanan di sini berkembang pesat kerana orang ramai mula bebas menjamu selera tanpa sekatan Covid-19.

“Untuk mengekalkan bilangan tukang masak, ramai pemilik kedai makan menawarkan gaji yang lebih tinggi. Secara amnya, gaji tukang masak di Johor Bahru telah meningkat kira-kira 30 peratus sekarang berbanding pra-pandemik,” ujar Encik Ang.

Encik Ang berkata ini juga telah menyumbang kepada peningkatan dalam harga makanan di restoran dan kedai kopi.

“Persaingan antara kedai makan untuk mengekalkan tukang masak, ditambah dengan kenaikan harga barang, telah menyumbang kepada makanan menjadi lebih mahal di kedai makan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perniagaan dan Penjaja Johor Bahru, Encik Roland Lim, berkata pemilik kedai kopi, berkata perniagaan yang mempunyai pekerja asing pula menghadapi kesukaran melatih tukang masak.

“Kebanyakan pekerja asing kami, termasuk mereka yang kami latih selama bertahun-tahun, telah pulang ke negara asal mereka kerana wabak itu..

“Kami kini mendapat pekerja baru yang tidak berpengalaman, dan kami perlu melatih mereka semula. Beberapa kedai makan terpaksa mengeluarkan hidangan tertentu daripada menu mereka kerana pekerja mereka tidak boleh memasaknya.

“Sebahagian daripada pekerja asing yang kini berada dalam industri makanan dan minuman adalah mereka yang sebelum ini bekerja dalam sektor pembinaan. Mereka langsung tidak mempunyai kemahiran memasak, dan kami perlu meluangkan banyak masa untuk mengajar mereka cara memasak makanan tempatan,” ujar Encik Lim.

Disebabkan kekurangan tukang masak, sesetengah restoran “mencubit” pekerja asing dari sektor lain.

“Persaingan mendapatkan tukang masak semakin sengit. Sesetengah perniagaan terpaksa “merebut” pekerja daripada sektor lain kerana terdesak.

“Memandangkan permintaan terhadap tukang masak adalah tinggi, ramai pekerja asing merasakan mereka mempunyai lebih banyak pilihan dan sanggup menerima tawaran daripada restoran lain,” kata Encik Lim.

Perniagaan di Johor menghadapi kekurangan tenaga kerja apabila pekerja terpikat untuk merentasi Koswe oleh kekuatan matawang Singapura.

Presiden Persatuan Cef dan Restoran Pan Malaysia, Encik Koo Soo Wong Teu Hoon berkata faktor penyumbang lain ialah kerana ramai tukang masak kini telah membuka perniagaan mereka sendiri.

“Semasa pandemik, ramai tukang masak kehilangan pekerjaan kerana restoran tidak dapat mengekalkan mereka. Untuk menyara hidup, sebilangan besar bekas tukang masak ini memulakan perniagaan sendiri atau menceburi bidang lain.

“Sekarang perniagaan sedang rancak, banyak restoran menghadapi kesukaran untuk mendapatkan semula pekerja yang diberhentikan,” ujar Encik Koo.

Encik Wong, yang juga presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, berkata kekurangan tukang masak menjejas setiap wilayah di negara ini.

“Ini bukan masalah yang berlaku di Johor sahaja tetapi di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, ia lebih serius di Johor,” katanya.

Pemilik restoran, Encik Lennox Cheok berkata kebanyakan mereka yang lebih suka bekerja di Singapura adalah tukang masak yang lebih muda dalam lingkungan 20-an atau 30-an.

“Ada di kalangan mereka yang akan menimba pengalaman selama beberapa bulan hingga kira-kira setahun di Johor sebelum mencari pekerjaan dalam bidang memasak di Singapura.

“Terdapat juga kumpulan dalam aplikasi mesej turut mempromosikan peluang pekerjaan dalam industri makanan dan minuman di Singapura.

“Dalam kes saya, saya mempunyai tukang masak yang mencukupi kerana saya berjaya kekalkan kesemuanya semasa wabak. Tukang masak tempatan saya juga telah bekerja di sini selama lebih sedekad dan kurang berminat untuk mencari peluang lain merentasi sempadan,” kata Encik Cheok.

Seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang pergi ke Johor Bahru minggu lalu untuk melawat keluarga mentuanya berkata, beliau terkejut apabila mendapati restoran yang biasa dikunjunginya telah mengeluarkan beberapa hidangan kegemarannya daripada menu.

“Saya bertanya mengapa, dan pemilik wanita itu beritahu saya ia akan mengambil sedikit masa sebelum mereka boleh sediakan hidangan itu.

“Apabila saya bertanya lebih lanjut, beliau berkata ia adalah kerana tukang masaknya telah berhenti untuk bekerja di sebuah restoran di Singapura.

“Saya kecewa mendengarnya.” - THE STAR




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >