Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tun M, Nazri tetap mahu berdebat

Polis tolak permohonan diadakan debat dek bantahan awam
Mar 21, 2017 | 02:59 PM



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, tetap akan hadir ke majlis perdebatan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, walaupun program itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.



Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberi jaminan bahawa bahas itu akan berlangsung secara aman seperti yang telah dijadualkan pada Sabtu ini di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Perak.



"Saya akan pastikan wacana itu berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.



Polis Perak dalam kenyataan hari ini menolak permohonan permit perdebatan itu kerana penganjur lewat menghantar permohonan.



Lokasi penganjuran debat itu juga tidak mendapat kebenaran dan polis turut menerima bantahan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan tersebut yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga mereka.



Sementara itu, Tun Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Mohamed Nazri mempunyai masa sehingga tengah hari esok untuk mengatur debat bersama beliau.



Dalam sidang akhbar hari ini Tun Dr Mahathir mencadangkan debat tersebut diadakan di Padang Rengas, tetapi bukan Nazri yang memilih MRSM yang dipersetujuinya.



"Saya mahu teruskan debat itu, tidak seperti forum 'Nothing to Hide' dan saya bersedia berdebat mengenai apa-apa isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka, termasuk skandal BMF.



"Saya beri Nazri sehingga esok untuk menguruskannya kerana beliau telah aturkan. Saya tidak ke sana semata-mata berjumpa beliau tetapi untuk berdebat. Jika beliau mahu berjumpa dengan saya, beliau boleh membuat temu janji," kata Mahathir.



Persoalan berlegar-legar mengenai nasib debat tersebut setelah polis negeri Perak menegaskan tidak akan membiarkan debat tersebut diteruskan, tetapi Nazri berkata, beliau akan hadir di tempat berkenaan pada hari Sabtu ini kerana Malaysia bukan 'negara polis'. - mStar Online, Malaysiakini.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >