TUNIS: Muzium Nasional Bardo dijangka dibuka semula semalam selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan raifal membunuh 20 pelancong asing minggu lalu, sedang negara itu cuba memulihkan keyakinan dalam sektor pelancongannya.
Pegawai Muzium berkata pembukaan Muzium Nasional Bardo merupakan "mesej" kepada kumpulan lelaki bersenjata yang membunuh pelancong asing itu.