Tunisia rancang bina tembok 160 km di sempadan dengan Libya

TUNIS: Perdana Menteri Tunisia, Encik Habib Essid mengumumkan pembinaan tembok sepanjang 160 kilometer sepanjang sempadan dengan Libya untuk melindungi negara itu daripada militan Negara Islam (IS).

Pembinaan tembok itu sebagai langkah keselamatan terbaru yang diumumkan pemerintah selepas dua serangan oleh militan IS terhadap pelancong asing yang mengancam negara dan ekonomi negara itu.

Baru-baru ini, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat peranginan di Sousse yang membunuh 38 pelancong asing manakala sebelum itu kejadian tembakan oleh dua lelaki di muzium negara mengakibatkan 21 pelancong terkorban.

Rancangan membina tembok itu diketengahkan sejak 2012, namun kini pihak berkuasa melihatnya perlu disegerakan rentetan serangan bulan lalu di Sousse.

Pergerakan militan di Tunisia dan Libya mempunyai pertalian sejak 1980an lagi. Malah, sejak 2012 militan Tunisia dipercayai menjalani latihan di Libya selepas perang saudara di negara itu. - Agensi berita.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.