Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tuntutan cerai Nurul Izzah ditangguh kepada 11 Mac ini

Feb 18, 2014 | 01:27 PM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan oleh Ahli Parlimen (AP) Lembah Pantai, Cik Nurul Izzah Anwar, kepada 11 Mac depan.


Cik Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik), Undang-Undang Keluarga Islam 1984.


Cik Nurul Izzah tidak menghadiri sesi sebutan semula kes cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur itu, tetapi Raja Ahmad Shahrir hadir seorang diri dengan berpakaian kot kemas kira-kira 10.30 pagi ini dan terus memasuki kamar Mahkamah Rendah Syariah 1, menurut laporan portal berita The Malaysian Insider.


Peguam AP Lembah Pantai itu, Cik Normawaddah Ramli, hadir sebagai wakil pihak plaintif.


Cik Normawaddah turut membetulkan laporan media sebelum ini yang mengatakan bahawa anak guamnya telah menuntut perceraian secara fasakh, dengan menekankan bahawa tuntutan itu sebenarnya telah dibuat secara baik di bawah Seksyen 47.


"Fasakh adalah perceraian dengan memberikan alasan tertentu, tapi ini adalah cerai secara baik," jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >