Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Turkey akhiri kempen ketenteraan di Syria

Mar 30, 2017 | 04:05 PM



ANKARA (Turkey): Turkey menyatakan ia telah mengakhiri kempen ketenteraan "Perisai Euphrates" dengan jayanya di utara Syria.



Bagaimanapun, Perdana Menteri Binali Yildirim tidak menolak kemungkinan berlangsungnya operasi baru ketenteraan dan tidak menyatakan sama ada Turkey akan meninggalkan Syria.



Turkey melancarkan serangan ofensif pada Ogos lalu untuk membendung kemaraan militan Negara Islam dari sempadannya dan juga mencegah kemaraan kumpulan bersenjata Kurdish.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson dijadualkan melawat Turkey hari ini.



"Operasi Perisai Euphrates telah dilaksanakan dengan jayanya dan ia telah tamat. Apa jua operasi selepas ini akan diberikan nama yang berbeza," kata Encik Yildrim selepas mesyuarat majlis keselamatan negara itu semalam (29 Mac).



Pada 24 Ogos lalu, tentera Turkey beserta kereta kebal dan pesawat telah memasuki sempadan Syria di mana Ankara menyatakan ia adalah operasi untuk menolak militan IS sejauh 100km dari sempadan.



Tentera dan penentang Syria yang disokong Turkey telah berjaya menawan beberapa bandar, termasuk Jarablus, sebelum akhirnya bergerak ke selatan ke bandar strategik Al-Bab.



Operasi Turkey juga bertujuan untuk mencegah militia Kurdish YPG daripada merentasi Sungai Euphrates mengarah ke barat dan berhubungan dengan kawasan Kurdish di sana.



Ankara prihatin terhadap golongan Kurdi Syria yang cuba membentuk wilayah pemerintahan sendiri serupa rantau autonomi Kurdish di Iraq.



Ia menganggap unit YPG sebagai peluasan kumpulan Kurdish PKK yang telah memerangi pemberotakan di tenggara Turkey selama berdekad-dekad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >