Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Turkey perlu lalui peringkat kedua pililhan raya presiden

May 15, 2023 | 05:25 PM



ANKARA: Turkey perlu melalui satu lagi pilihan raya presiden selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang mendahului pesaing pembangkangnya Encik Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya pada Ahad, gagal mendapat undian majoriti untuk melanjutkan pemerintahannya yang sudah berlangsung selama 20 tahun.


Kededua Encik Erdogan dan Encik Kilicdaroglu tidak melepasi undi 50 peratus yang diperlukan untuk mengelak pusingan kedua, yang akan diadakan pada 28 Mei, dalam pilihan raya yang dilihat sebagai cerminan sokongan rakyat kepada Encik Erdogan.


Pemilihan presiden itu bukan sahaja menentukan siapa yang akan mengetuai pemerintah dengan penduduk seramai 85 juta penduduk itu, namun juga sama ada ia kembali kepada pemerintahan lebih sekular atau demokratik.


Dengan hampir 97 peratus peti undi dikira, Encik Erdogan meraih 49.39 peratus undi dan Encik Kilicdaroglu pula mendapat 44.92 peratus, menurut agensi berita milik kerajaan Anadolu.


Lembaga Pilihan Raya Tinggi Turkey pula memberi Encik Erdogan 49.49 peratus dengan 91.93 peratus peti undi dikira. - Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >