ISTANBUL: Turkey telah menangkap salah seorang isteri Abu Bakr al-Baghdadi, ketua kumpulan militan ISIS yang terbunuh, selain beberapa ahli keluarga lain, kata Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan dalam satu ucapan kelmarin.
Beliau juga mengesahkan penangkapan kakak dan abang ipar Baghdadi di bandar Azaz, di bahagian utara Syria yang dikawal Turkey, beberapa hari lalu.