BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam turut mengecam serangan Israel ke atas orang awam Gaza yang telah mengorbankan ramai nyawa.
Antara mereka ialah AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari; AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad; AP GRC Bishan- Toa Payoh, Encik Zainudin Nordin; dan AP GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar; yang menyuarakan pandangan mengenai konflik di Gaza itu menerusi laman Facebook mereka.