Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ubat anti-Covid mungkin sebabkan mutasi virus: Kajian

Sep 26, 2023 | 02:28 PM



BRITAIN: Ubat anti-Covid yang digunakan secara meluas di seluruh dunia mungkin menyebabkan perubahan pada virus itu, kata penyelidik pada Isnin, tetapi tidak ada bukti perubahan itu telah membawa kepada varian lebih berbahaya.


Pil antivirus molnupiravir keluaran gergasi farmaseutikal Merck adalah salah satu rawatan terawal yang dilancarkan semasa pandemik untuk mencegah Covid menjadi lebih teruk pada orang terdedah.


Ubat yang dimakan selama lima hari itu berfungsi terutamanya dengan mencipta mutasi dalam virus dengan matlamat melemahkan dan membunuhnya.

Bagaimanapun, kajian baru yang diketuai Britain menunjukkan molnupiravir “boleh menimbulkan virus bermutasi dengan ketara yang kekal berdaya maju”, kata pengarang utama kajian itu, Dr Encik Theo Sanderson kepada AFP.


Dr Sanderson, pakar genetik di Institut Francis Crick London, menekankan tidak ada bukti “molnupiravir hingga kini telah mencipta lebih banyak virus yang boleh ditularkan atau lebih ganas”.


Tiada satu pun daripada varian yang telah melanda dunia disebabkan oleh dadah itu, tambahnya.

Tetapi “sangat sukar meramalkan sama ada rawatan molnupiravir berpotensi membawa kepada varian baru yang tersebar luas, di mana orang ramai tidak mempunyai imuniti sebelumnya” tambahnya.


Untuk kajian itu, yang diterbitkan dalam jurnal Nature, para penyelidik menyaring pangkalan data lebih 15 juta rujukan genom SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan penyakit Covid.


Penyelidik menggunakan data ini untuk menjejaki perubahan dalam cara virus bermutasi semasa wabak itu, mencari tanda-tanda “mutasi” tertentu pada pesakit yang mereka percaya dikaitkan dengan molnupiravir.


Pada 2022, kerana ubat itu ditetapkan dalam jumlah yang besar, terdapat peningkatan ketara dalam pesakit yang mempunyai tanda mutasi ini, menurut kajian itu.

Tanda ini lebih kerap ditemui di negara di mana ubat itu diguna secara meluas, seperti Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Jepun. Tetapi di negara yang tidak meluluskan ubat itu, termasuk Canada dan Perancis, ia jarang berlaku.

Merck menolak kajian itu, mengatakan penyelidik bergantung pada “perkaitan keadaan” antara tempat dan bila urutan itu diambil.

“Penulis menganggap mutasi ini dikaitkan dengan penyebaran virus daripada pesakit yang dirawat molnupiravir tanpa bukti, yang didokumenkan mengenai penularannya,” kata Merck dalam satu kenyataan.


Dr Sanderson menolak dakwaan itu, mengatakan penyelidik menggunakan “beberapa garis bukti bebas untuk mengenal pasti dengan yakin bahawa molnupiravir mendorong tanda mutasi ini”.


Itu termasuk analisis berasingan data rawatan di England, yang mendapati lebih 30 peratus kejadian mutasi adalah pada orang yang telah mengambil molnupiravir.


Bagaimanapun, hanya 0.04 peratus orang di England diberi ubat itu pada 2022, kata kajian itu.

Ubat anti-Covid lain tidak berfungsi dengan cara yang sama, jadi tidak akan menyebabkan mutasi seperti ini, kata Dr Sanderson. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >