WASHINGTON: Kurang dua bulan selepas menjadi Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menghadapi cabaran penting minggu ini termasuk berucap di hadapan Kongres Selasa ini (pagi ini waktu Singapura), yang dijangka menyentuh beberapa perincian berhubung cadangan perbelanjaan infrastruktur dan cukai.
Ucapan itu dibuat sedang rakan Republikan kembali ke Washington selepas mesyuarat dewan bandar di mana mereka menghadapi kemarahan orang ramai berikutan kurangnya rancangan konkrit bagi menggantikan Akta Penjagaan yang dimampui atau lebih dikenali sebagai Obamacare selepas Akta itu dimansuhkan.