Udara 'sangat tidak sihat' dicatat di Perak

PERAK: INDEKS Pencemaran Udara (API) di Seri Manjung, bandar tepi pantai negeri Perak, telah melonjak dua kali ganda sejak malam kelmarin, mencecah paras sangat tidak sihat, iaitu 250, pada tiga petang tadi.

Bacaan API Seri Majung ialah 139, pada 11 malam kelmarin, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Di beberapa kawasan lain Perak, termasuk Kampung Air Putih di Taiping, bacaan API kekal dalam zon tidak sihat dengan asap debu terapung di udara.

Di negeri-negeri kejiranan Kedah, seperti Selangor dan Pulau Pinang, bacaan tidak sihat turut dilaporkan.

Bacaan API antara 0 dan 50 dianggap baik; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat; 301 dan ke atas, berbahaya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.