Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ulama tegar Indonesia disiasat berkaitan dakwaan sembang seks

Feb 01, 2017 | 08:47 AM



JAKARTA: Seorang ulama tegar Indonesia, Rizieq Shihab, yang dikatakan menghina ideologi negara dan presiden pengasas Sukarno, menghadapi satu lagi siasatan polis, berkaitan dakwaan sembang seks dalam talian.



Dakwaan baru itu difailkan oleh sekumpulan pelajar pada Isnin (30 Jan), selepas gambar intim daripada skrin aplikasi mesej WhatsApp kononnya antara ulama berusia 51 tahun itu dan Cik Firza Husein, serta gambar bogel yang menyerupai beliau, tersebar di laman media sosial.



Cik Firza, ibu seorang anak, pengerusi Yayasan Solidaritas Sahabat Cendana (SSC), sebuah pertubuhan yang menghormati mantan presiden Suharto.



Jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono memberitahu akhbar The Straits Times pada Selasa (31 Jan) pakar-pakar sedang menyiasat keaslian bahan itu sebelum memanggil individu yang didakwa terlibat untuk disoal siasat.



Mereka yang terlibat dalam pengeluaran atau penyebaran bahan-bahan tersebut boleh didakwa melanggar undang-undang antipornografi serta Maklumat dan Transaksi Elektronik, katanya.



"Penyiasat sedang memeriksa kandungan dan bahan orang yang dipaparkan dan akan menyoal mereka kemudian. Tetapi pakar-pakar terlebih dahulu perlu membuktikan sama ada bahan-bahan dan pertukaran itu palsu atau sebenar," kata Pesuruhjaya Kanan Polis Argo.



Kes itu yang terbaru dalam rentetan tuduhan - daripada kekufuran kepada ucapan benci dan menghina lambang negara - yang dibuat kepada polis terhadap Encik Rizieq, pengerusi kumpulan tegas Front Pembela Islam (FPI).



Polis Jawa Barat pada Isnin menamakannya sebagai suspek kerana memfitnah ideologi negara Pancasila dan Allahyarham Sukarno, langkah yang membuat ulama itu semakin hampir dibicarakan di mahkamah.



Kes itu tertumpu pada dakwaan kenyataannya kepada hadirin bahawa Allahyarham Sukarno menulis versi awal Pancasila yang tidak mengutamakan kepercayaan pada Tuhan.



Encik Rizieq dipenjara dua kali sebelum ini - pada 2003 kerana menghasut pengikutnya supaya mengganggu secara ganas pengunjung tempat hiburan malam di Jakarta, dan pada 2008 kerana menyerang kumpulan minoriti yang mengadakan perhimpunan di ibu negara itu.



Dia menjadi terkenal sejak kebelakangan ini selepas mengetuai FPI dalam tiga perhimpunan besar-besaran antara Oktober dan Disember tahun lalu, untuk membantah terhadap Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, yang lebih dikenali sebagai Ahok, kerana didakwa menghina Islam.



Tetapi kini siasatan berterusan polis tertumpu padanya juga.



Polis dijangka menyoalnya dan dua pemimpin Islam lain pada Rabu (1 Feb) berkaitan satu pertemuan yang mereka dihadiri bersama bekas anggota parlimen Sri Bintang Pamungkas dan beberapa yang lain, yang ditahan atas satu tuduhan merancang menjatuhkan pemerintah.



"Dia (Rizieq) menyatakan dirinya seorang imam dan berasa dia tidak boleh disentuh. Tetapi sebenarnya, dia bukan wira tetapi seorang yang kecundang. Dia mahu menghukum orang lain tetapi dia sendiri banyak masalah," kata Encik Zuhairi Miswari, seorang cendekiawan pertubuhan Nahdlatul Ulama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >