Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno cadang nama ketua menteri Melaka baru

Mar 30, 2023 | 09:20 PM



KUALA LUMPUR: Umno mencadangkan nama Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.


Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau telah mengutus warkah cadangan itu kepada Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.


“Dengan ini parti mencadangkan bagi warkah itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri baru,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Parlimen pada Khamis.


Ia susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12, pada Rabu.



Ditanya sebab Datuk Sulaiman meletak jawatan, Datuk Ahmad Zahid berkata, ia dilakukan atas faktor kesihatan.


Pada Rabu, Datuk Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri mengesahkan Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.


Menurut beliau, Datuk Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu semasa pertemuan di pejabatnya di Parlimen, pada Rabu.


Sementara itu, mengulas sama ada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan turut dibarisi wakil Pakatan Harapan, Datuk Ahmad Zahid berkata, beliau berharap perkara itu dapat dilaksanakan dengan mengambil semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.– Agensi berita

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >