KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin Umno sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.
Beliau, yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di Putrajaya, berkata mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.