KUALA LUMPUR: Sebidang kain rentang yang dipasang di kawasan perumahan Pulai Jaya, Johor, menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, hanya satu provokasi bagi mengalihkan isu, kata pemimpin Umno peringkat negeri, Datuk Samsol Bari Jamali.
Katanya, semua ahli Umno mempunyai saluran menyampaikan pendirian dan rasa tidak puas hati mereka, oleh itu mereka tidak perlu berbuat demikian ketika kemeriahan Aidilfitri masih lagi disambut umat Islam di seluruh negara.