LONDON: SYARIKAT penerbangan yang melanggar perintah jabatan kerajaan dalam negeri United Kingdom (UK) kerana membawa suspek pengganas keluar dari negara boleh dikenakan denda sehingga £50,000 ($102,000), menerusi undang-undang baharu yang akan dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lagi.
Hukuman itu akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang melanggar arahan kerajaan "tidak boleh menaiki pesawat" sekiranya membenarkan suspek pengganas menaiki pesawat mereka.