Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Undian Pilihan Raya Presiden Mesir ditutup, kemenangan sudah diramal

Dec 13, 2023 | 12:35 PM



KAHIRAH: Pengundian ditutup di Mesir selepas pilihan raya tiga hari secara meluas dijangka mengembalikan Presiden Abdel Fattah al-Sisi terus berkuasa di negara paling ramai penduduk di Dunia Arab itu.


Akhbar pemerintah, Al-Ahram, melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan, yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya itu, merekodkan kadar peratusan keluar mengundi “yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.


Pusat mengundi ditutup pada 9 malam waktu tempatan pada 12 Disember dan keputusan dijangka diumumkan pada 18 Disember.

Encik Sisi dijangka meraih kemenangan besar walaupun Mesir dicengkam pelbagai krisis termasuk perang Israel-Hamas di wilayah jirannya, Gaza, serta krisis ekonomi terburuk di negara itu, menurut laporan agensi berita AFP.


Mantan ketua tentera itu bersaing dengan tiga calon lain yang tidak dikenali – Encik Farid Zahran, ketua Parti Sosial Demokratik Mesir yang berhaluan kiri; Encik Abdel-Sanad Yamama dari Wafd, sebuah parti lama tetapi agak terpinggir; dan Encik Hazem Omar daripada Parti Rakyat Republikan.

Bagi kebanyakan rakyat Mesir yang telah kehilangan simpanan mereka dalam krisis ekonomi yang tidak henti-henti bermula awal 2023, kos sara hidup menjadi keutamaan mereka.

Inflasi tahunan pada masa ini berada pada 38.5 peratus, dengan ekonomi Mesir yang bergantung kepada import mengalami kekurangan mata wang asing selepas paun Mesir kehilangan separuh nilainya dalam setahun.

Pilihan raya itu akan menjamin Encik Sisi untuk berkuasa buat penggal ketiga dan mengikut perlembagaan, ia merupakan penggal terakhir bagi seseorang presiden memegang jawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >