RANAU - Cuaca buruk telah memaksa para penyelamat menghentikan operasi mencari dua rakyat Singapura yang masih hilang di Gunung Kinabalu ekoran gempa bumi di Sabah, Jumaat lalu.
Sumber polis berkata, operasi tersebut terpaksa ditangguh ekoran kabus tebal menyelubungi gunung setinggi 4,095 meter itu yang boleh membahayakan para pekerja penyelamat, lapor The New Straits Times.
Operasi akan diteruskan sebaik sahaja keadaan cuaca bertambah baik, kata sumber itu lagi.
Dua rakyat Singapura itu merupakan guru Encik Mohammad Ghazi Mohamed, 35 tahun dan murid Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar, 13 tahun dari Sekolah Rendah Tanjong Katong.