ACCUMOLI: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di bahagian tengah Italy kelmarin meningkat kepada 247 orang, lapor Agensi Pertahanan Awam semalam.
Angka korban kekal 159 sepanjang malam kelmarin susulan gempa 6 magnitud yang menggegarkan Italy menjelang waktu subuh itu dengan merosakkan banyak perkampungan di kawasan pergunungan.