Ustaz Kazim jalani rawatan angiogram

KOTA BHARU: Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias, selesai menjalani rawatan angiogram di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, pagi tadi.

Ustaz Kazim, 44, memulakan rawatan pada 9 pagi bagi mengenal pasti tahap kecederaan otot di jantungnya.

Pegawai Khas Peribadinya, Encik Rafi Rahman, berkata keadaan Ustaz Kazim stabil dan beliau berada dalam keadaan sedar.

"Alhamdulillah, Datuk selesai menjalani rawatan (angiogram) dan syukur semua selamat.

"Ustaz Kazim stabil dan sedar namun agak lemah," katanya ketika dihubungi. - BHM

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.