Ustaz Kazim: Kahwin sembunyi tidak salah asalkan diketahui keluarga

LANGKAH penyusun muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, dan penyanyi Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga.

Penceramah selebriti, Ustaz Kazim Elias, berkata pasangan tersebut berhak merahsiakan perkahwinan mereka itu kepada umum kerana menguar-uarkan kepada masyarakat adalah sunat.

"Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diuar-uarkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

"Ini bererti seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu," katanya yang dipetik laman Mstar.com.my.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.