IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias, yang baru menjalani pembedahan jantung, menangis apabila melihat rakaman video ceramahnya di televisyen.
Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias, berkata Ustaz Kazim sayu melihat rakaman semula satu program yang disertainya kira-kira dua tahun lalu.