Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Utusan China gesa Saudi, Iran bertenang dan tahan diri

Jan 11, 2016 | 02:54 PM



BEIJING: Seorang utusan Cina yang melawat Arab Saudi dan Iran sejak minggu lalu menggesa dua negara itu supaya berusaha bertenang dan menahan diri di tengah-tengah pertelagahan mereka, dalam satu pelibatan diplomatik dalam rantau itu yang jarang dilakukan Beijing.


Ketegangan antara Arab Saudi dan Iran meningkat sejak Riyadh melaksana hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah, Nimr al-Nimr, pada 2 Januari, mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat Syiah di seluruh Timur Tengah.


Sebagai respons, penunjuk perasaan Iran menyerbu Kedutaan Arab Saudi di Teheran dan konsulat negara itu di Mashhad, menyebabkan Riyadh memutuskan hubungan dengan Iran.


Teheran kemudian memutuskan hubungan komersial dengan Riyadh, dan mengharamkan jemaah daripada perjalanan ke Mekah.


Negara Arab lain memanggil pulang duta mereka ke Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merendahkan hubungannya dengan Teheran bagi menunjukkkan perpaduan dengan Arab Saudi.


Dalam kenyataan berasingan di laman webnya pada Isnin (11 Jan), Kementerian Luar China berkata Naib Menteri Luar Zhang Ming bertemu para pegawai kanan Arab Saudi dan Iran dalam lawatan beliau.


Di Arab Saudi, Encik Zhang bercakap tentang keadaan antara Arab Saudi dan Iran dan "berharap pihak berkenaan mengekalkan ketenangan dan menahan diri, meningkatkan dialog dan perundingan serta bersama-sama menggalak pemulihan keadaan", kata kementerian itu.


Di Iran, beliau mengulangi mesej mengenai tenang dan menahan diri, sambil menambah bahawa China berharap keamanan dan kestabilan di rantau itu dikekalkan.


Walaupun bergantung pada rantau itu untuk bekalan minyak, China cenderung membiar diplomasi Timur Tengah diurus lima anggota tetap lain Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Russia.


Bagaimana, Beijing sedang berusaha melibatkan diri lebih banyak secara diplomatik, terutama di Syria. Baru-baru ini, ia menjadi tuan rumah kepada kedua-dua pihak Syria, menteri luarnya dan pegawai pembangkang. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >