Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video dramatik papar harimau bintang lolos daripada tangkapan di India

Jan 03, 2017 | 08:06 AM



BENGAL BARAT: Sekurang-kurangnya seorang lelaki cedera parah pada Isnin (2 Jan) apabila penduduk tempatan dan pihak berkuasa hidupan liar cuba memerangkap seekor harimau bintang yang sesat ke dalam kawasan perumahan di Bengal Barat, India, lapor agensi berita India, ANI.



Rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki bergelut untuk memerangkap haiwan itu menggunakan jaring, sebelum ia berjaya meloloskan diri dan lari, dalam kejadian di bandar Raiganj itu.



"Pelbagai usaha dilakukan untuk menangkap harimau bintang yang memasuki kawasan perumahan itu, tetapi ia dapat melarikan diri.



"Seorang lelaki cedera. Sehingga kini kami tidak tahu apakah kami boleh menawan semula binatang itu kerana kami tidak tahu di mana ia berada," kata Sumit Nandi, seorang sukarelawan badan hak asasi haiwan, Manusia bagi Haiwan.



Lelaki cedera itu dirawat di hospital berhampiran.



Haiwan liar seperti harimau bintang, harimau kumbang dan gajah sering menyebabkan kerosakan, dan juga meragut nyawa manusia, di kampung bersempadan dengan kawasan hutan kerana sering sesat ke dalam kawasan yang didiami manusia untuk mencari makanan.



Populasi manusia yang semakin meningkat menyebabkan kawasan habitat haiwan liar berkurangan, memaksa mereka sesat ke dalam penempatan manusia. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >