KUALA LUMPUR: Sebuah video yang dikatakan merakamkan penglibatan rakyat Malaysia dalam peperangan di Syria, mula tersebar di Internet.
Video selama seminit dan 33 saat yang bertajuk "Siria - Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas - 7" telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun lalu.
Ia memaparkan seorang lelaki yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.
Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.
"Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid," kata jurukamera video itu.
Dalam kenyataan kelmarin, Kementerian Luar Malaysia berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri. - Astro Awani, BHM, Utusan Malaysia.