Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video YouTube dikatakan rakam serangan ke atas Kim Jong Nam di KLIA

Feb 20, 2017 | 09:02 AM



PETALING JAYA - Satu klip video, dikatakan daripada kamera keselamatan yang merakam peristiwa kematian Encik Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin 13 Feb, telah muncul di YouTube.



Klip sekitar lima minit itu menunjukkan seorang lelaki berjalan ke lobi lapangan terbang, melihat jadual sebelum menghampiri kiosk daftar masuk sendiri.



Dua wanita kemudian mendekatinya dari arah berbeza di belakangnya.



Seorang wanita dengan rambut ke paras bahu, menyerupai suspek memiliki pasport Vietnam yang polis kenal pasti sebagai Doan Thi Huong, dilihat meletakkan lengannya atas kepala mangsa sebelum mencapai mukanya.



Kedua-dua wanita kemudian tergesa-gesa tetapi tenang meninggalkannya.



Mangsa yang kelihatan merupakan Encik Kim dilihat berjalan pantas ke kaunter maklumat dan bercakap kepada dua anggota di sana.



Mereka membawanya ke balai ketibaan. Encik Kim dilihat memberi isyarat dengan tangannya kepada dua polis berpakaian seragam di situ, seolah-olah memberitahu mereka apa yang baru berlaku.



Dua anggota polis kemudian membawanya ke sebuah klinik di KLIA2.



Encik Kim meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, menurut polis. Empat suspek ditahan setakat ini berhubung kes itu. - THE STAR / ASIA NEWS NETWORK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >