Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vokalis Terra Rossa dipenjara 18 bulan dek kesalahan dadah

Feb 12, 2015 | 01:57 PM



KUALA LUMPUR: Vokalis baharu kumpulan rock, Terra Rossa, Khairul Hizam Kaha didenda RM7,000 ($2,640) atau penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini hari ini, atas tiga pertuduhan memiliki dan mengambil dadah, tahun lalu.


Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman itu selepas Khairul, 40 tahun, atau lebih dikenali sebagai Ijam mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan, lapor Utsan Online hari ini.


Tertuduh didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.41 gram serta mengambil dadah jenis yang sama di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, dekat sini antara pukul 4.30 pagi dan 6.30 pagi, 10 Disember lalu.


Bagi pertuduhan memiliki dadah, Khairul yang juga bekas peserta program realiti, MyStarz LG, didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.


Sementara bagi pertuduhan mengambil dadah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan dua tahun.


Khairul ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia reda dan menerima keputusan mahkamah itu.


Awal minggu ini, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 ($1,320) terhadap bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim, atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah jenis syabu pada November tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >