Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wabak Ebola menjadi penyakit paling bahaya dunia

Aug 11, 2014 | 02:55 PM



MONROVIA (Liberia) /FREETOWN (Sierra Leone): SALAH satu wabak paling bahaya di dunia, Ebola, membunuh sehingga 90 peratus daripada mereka yang dijangkiti.


Ditemui hampir 40 tahun lalu jauh di dalam hutan Afrika Tengah, tanda-tanda penyakit itu termasuk pendarahan dalaman dan luaran, cirit-birit dan muntah-muntah.


Dengan penyakit ini kini berada di empat negara benua Afrika - berikutan kematian seorang warga negara Amerika Syarikat di Nigeria bulan lalu - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat lalu mengklasifikasikan wabak ini sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.


WHO telah berkata bahawa wabak Ebola yang sedang merebak - dengan 1,779 kes dan 962 kematian - mungkin akan berterusan bagi bulan-bulan yang akan datang sedangkan sistem penjagaan kesihatan di rantau tersebut bergelut untuk mengatasinya.


WHO dengan segera telah membuat rayuan untuk pembiayaan dan kakitangan perubatan kecemasan.


Satu jawatankuasa etika perubatan WHO akan berbincang pada minggu depan mengenai penggunaan ubat eksperimen untuk menangani wabak itu setelah dua pekerja bantuan Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan selepas dirawat dengan ZMapp, sejenis ubat yang direka oleh firma perubatan Mapp yang berpangkalan di California.


Semalam, Sepanyol membenarkan penggunaan ZMapp kepada paderi Sepanyol Miguel Pajares, berusia 75 tahun, seorang pesakit yang pertama dijangkiti di Eropah.


Para penduduk di Sierra Leone dan Liberia mengadakan upacara bersembahyang beramai-ramai di gereja-gereja semalam dengan harapan dilindungi daripada wabak virus Ebola tanpa menghiraukan amaran rasmi untuk mengelakkan perhimpunan awam bagi membendung wabak tersebut. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >