Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wan Azizah kemukakan usul undi tidak yakin terhadap Najib

Oct 22, 2015 | 03:43 PM



KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengemukakan usul tidak yakin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Usul tersebut dikemukakan di pejabat Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekitar 1 petang tadi.


Meskipun usul itu diterima, namun Speaker Pandikar minggu ini telah menyatakan bahawa usul tersebut tidak akan dibahaskan semasa sidang Parlimen sekarang.


Beliau berkata usul tersebut mesti dikemukakan menurut peraturan tersedia yang memerlukan ia dikemukakan 14 hari sebelum bermulanya prosiding Parlimen.


Dr Wan Azizah, yang merupakan presiden Parti Keadilan (PKR), enggan memberi perincian lanjut apabila ditanya jika Anggota Parlimen kerajaan akan menyokong usul tersebut.


Beliau menambah Speaker Pandikar menerima usul itu walaupun beliau sebelum ini juga menyarankan supaya pihak pembangkang memberikan nama-nama mereka yang menyokong usul berkenaan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >