Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wan Azizah: Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus bersatu

Aug 07, 2014 | 03:26 PM



KUALA LUMPUR: Calon menteri besar Selangor baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyeru semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR) agar bersatu, merapatkan saf dan bersama mencari jalan penyelesaian terbaik menangani krisis dalam gabungan itu sekarang.


"Saya menggesa semua ahli keluarga PR daripada semua parti - bersatulah kita, rapatkan saf kita, dan marilah bersama mencari jalan penyelesaian terbaik untuk sebuah negeri yang kita tadbir dan masa depan Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Presiden PKR itu berkata, beliau mengikuti perkembangan isu politik terkini yang sedang dihadapi PR khasnya di Selangor.


Nada dan ritma perbincangan di kalangan ahli keluarga PR pada kala ini seakan menampakkan emosi yang tidak begitu positif.


"Namun saya percaya, kita semua mahukan yang terbaik buat bukan saja rakyat di Selangor malah yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia," katanya.


Dr Wan Azizah berkata, semua pihak perlu ingat dan sedar, PR yang wujud sejak 2008 adalah manifestasi dan penzahiran harapan rakyat.


"Jika ini tidak benar, masakan kita mampu meraih 52 peratus undi popular sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.


Beliau berkata, rakyat mengharapkan suasana politik lebih positif, progresif, berasaskan nilai dan aqliah, iaitu rakyat mengidamkan politik yang matang dan mampu memenuhi harapan Malaysia yang setelah lima dekad masih ditadbir kelompok sama," katanya.


PR kini berkecamuk dengan serang-menyerang antara satu sama lain berikutan cadangan PKR mahu menukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.


Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Tan Sri Khalid dikekalkan.


Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR, Encik Rafizi Ramli, yang bercakap di sebuah forum mengenai PAS mahu Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13.


"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Datuk Mustafa semalam.


Datuk Mustafa berkata demikian ketika mengulas kenyataan Encik Rafizi kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya. - The Malaysian Insider.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >