Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita berperanan merekrut anggota Isis diberkas

Oct 18, 2017 | 02:00 PM





MANILA: Pasukan keselamatan Filipina memberkas seorang wanita warga Filipina berusia 36 tahun yang disyaki merekut pejuang ISIS dari seluruh dunia melalui media sosial.

 

Karen Aizha Hamidon diberkas di bandar Taguig pada 11 Oktober, menurut pengumuman Setiausaha Keadilan Vitaliano Aguirre semasa sidang akhbar pagi tadi. 



Encik Aguirre berkata Karen merupakan bekas isteri warga Singapura Muhammad Shamin Mohamed Sidek, pegawai keselamatan yang ditahan di Singapura pada Ogos 2015 kerana merancang untuk menyertai ISIS dan menggunakan media sosial untuk menggalakkan pengganasan.

 

Karen kemudiannya berkahwin dengan Mohammad Jaafar Maguid, seorang warga Filipina, yang mengetuai Ansar al-Khilafah yang bekait rapat dengan ISIS sehinggalah dia dibunuh oleh polis Januari tahun ini, menurut Encik Aguirre. 



Encik Aguirre berkata Karen merupakan sekutu rapat Musa Cerantonio, seorang pendakwah Islam Australia yang dikatakan merekrut pejuang ISIS. 



Tuduhan pemberontakan sedang disediakan terhadap Karen berhubung 296 pos media sosial yang dikaitkan dengannya dan menunjukkan usahanya untuk merekrut pejuang ISIS di bandar selatan Marawi yang dilanda peperangan. 



“Adalah sangat jelas bahawa tindakannya bersekongkol dengan tindakan pemberontak. 



“Semasa anggota yang lain bertempur di Marawi, dia ditugaskan untuk mencari pejuang ISIS yang boleh membantu dalam pengepungan Marawi oleh ISIS dan kumpulan Maute,” kata Encik Aguirre. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >