Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita China yang disangka mati tinggal di kafe Internet selama 10 tahun

Nov 23, 2015 | 11:23 AM



BELIAU meninggalkan rumah di wilayah Zhejiang di timur China ketika remaja 10 tahun lalu selepas bertengkar dengan ibu bapanya.


Setelah dianggap mati oleh keluarganya, wanita itu, Xiao Yun, sekarang 24 tahun, akhirnya ditemui polis pada 20 November selepas pemeriksaan rutin di sebuah kafe Internet pada awal pagi.


Apabila dibawa ke balai polis tempatan untuk disoal siasat, Xiao Yun, yang menggunakan kad pengenalan palsu, mendedahkan bahawa dia hidup di kafe Internet sepanjang 10 tahun lalu.


Peminat permainan CrossFire itu menghabiskan masa bermain dan tidur kebanyakannya di kafe dan rumah mandi.


Dia bergantung kebanyakannya pada bantuan pelanggan kafe lain dan kadang-kadang bekerja sebagai juruwang di beberapa kafe untuk mendapatkan pendapatan tambahan.


Polis mendenda Xiao Yun 1,000 yuan ($222) dan kemudian menghubungi ibu bapanya agar mereka dapat bersatu semula.


Xiao Yun memberitahu polis dia dibesarkan oleh datuk neneknya.


Ibunya memberitahu akjbar Qianjiang Evening News beliau tidak menukar nombor telefon beliau sejak anak perempuan sulungnya itu meninggalkan rumah, dengan harapan Xiao Yun akan menghubunginya.


"Saya seorang yang degil dan cepat marah, jadi selalu memarahinya. Tapi itu 10 tahun lalu dan sekarang dia sudah dewasa. Saya tidak akan memarahinya," kata beliau.


Pada 2013, seorang lelaki yang dikatakan penagih permainan video didapati menghabiskan masa enam tahun bersembunyi di sebuah kafe Internet dekat bandar Changchun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >