Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita culik bayi dan besarkannya sebagai anaknya selama 17 tahun

Aug 16, 2016 | 08:19 AM



CAPE TOWN: Sebuah mahkamah Afrika Selatan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang wanita yang menculik seorang bayi baru lahir dan membesarkannya sebagai anaknya selama 17 tahun.



Perbuatannya terbongkar hanya apabila secara kebetulan menakjubkan, remaja wanita itu bertemu keluarga kandungnya.



Mangsa penculikan itu, yang diberi nama Zephany Nurse oleh keluarganya selepas dia dilahirkan, diambil daripada ibunya yang sedang tidur di sebuah wad bersalin di Hospital Groote Schuur pada 1997.



Penculiknya, 52 tahun, membesarkannya sebagai anaknya sendiri.



Identiti sebenarnya hanya mula disedari Februari tahun lalu apabila adik perempuan kandungnya memasuki sekolah tinggi dan pelajar lain berkata rupanya sama dengan seorang pelajar tahun akhir.



Si adik memberitahu ibu bapanya, yang kemudian menemui gadis lebih tua itu dan segera berasa dia mungkin anak mereka yang lama hilang.



Keluarga Nurse tinggal hanya beberapa kilometer daripada penculik anak mereka, menyambut hari jadi anak mereka yang hilang setiap tahun dan tidak pernah berputus asa untuk mencarinya.



Ujian DNA kemudian mengesahkan gadis itu anak mereka, dan wanita yang menculiknya ditangkap. Nama wanita itu tidak disiarkan bagi melindungi identiti sebenar Zephany.



Pada 10 Mac, dia didapati bersalah bagi penculikan, penipuan, dan melanggar Akta Kanak-Kanak Afrika Selatan, walaupun dia berkeras berkata sepanjang kes itu bahawa dia tidak pernah berada di Hospital Groote Schuur pada hari bayi tersebut diculik.



Wanita itu memberi keterangan bahawa dia diberi bayi tersebut oleh seorang wanita yang memberinya rawatan kesuburan selepas dia mengalami keguguran pada 1997.



Semasa perbicaraan, ibu kandung Zephany, Cik Celeste Nurse, menangis apabila beliau menceritakan bagaimana, pada usia 18 tahun, beliau bangun daripada tidur di hospital dan mendapati bayinya yang berumur tiga hari hilang.



Semasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada Isnin (15 Ogos), hakim Mahkamah Tinggi di Cape Town berkata jenayah wanita itu dirancang terlebih dahulu dan terlalu serius untuk tidak mewajarkan hukuman penjara, lapor Afrika Selatan News24.



Zephany, yang kini dikatakan hamil, menjauhi tumpuan media. Tetapi dia memilih untuk pulang ke rumah dia dibesarkan dan belum menjalin sebarang ikatan dengan keluarga kandungnya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >