Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita dakwa temui barangan milik penumpang MH370

Dec 20, 2016 | 12:43 PM



PERTH (Australia): Kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi antara barangan yang ditemukan oleh seorang wanita di Australia yang mendakwa kesemua barangan peribadi itu merupakan milik mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.



Wanita terbabit, Cik Sheryl Keen yang tinggal di Perth, bekerjasama dengan penyiasat amatur, Encik Blaine Gibson untuk mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut.



Antara barangan penting yang ditemukan adalah selipar berwarna perang yang dipercayai dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian.



Menurut Cik Keen, beliau percaya selipar itu merupakan milik wanita terbabit yang dinamakan sebagai "Cinderella" dan kesemua barangan yang ditemukannya datang daripada pesawat MH370.



"Kami mendapati barangan peribadi yang ditemui di sepanjang kawasan pantai Madagascar mempunyai kesan yang sama iaitu sudah lusuh dan rosak.



"Malah pakar kaji laut memaklumkan bahawa kemungkinan besar barangan penumpang dan krew pesawat MH370 akan terdampar di kawasan pantai tersebut," katanya.



Dalam pada itu, Cik Keen yang merupakan pengerusi Kumpulan Sokongan Kemalangan Udara Australia (ACSGA), berkata, pihaknya akan menyerahkan kesemua barangan tersebut kepada Polis Persekutuan Australia untuk tindakan lanjut.



Beliau menubuhkan kumpulan itu selepas kematian suaminya dalam nahas pesawat pada 2009 dan berharap dalam membantu lebih ramai keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi sama.



Bagaimanapun Cik Keen mengakui bahawa Australia hanya terlibat sebagai sebahagian kecil dalam misi pencarian pesawat itu, sekali gus mungkin terlepas petunjuk penting.



"Kami dalam proses rundingan dengan pihak polis untuk menyerahkan barangan tersebut tetapi pihak berkuasa Malaysia bertanggungjawab dalam mengendalikan penemuan barangan peribadi.



"Australia hanya terlibat dalam pencarian di dasar laut dan saya tidak pasti mahu berhubung dengan pihak mana untuk menyerahkan barang ini," katanya. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >