Wanita diberi kad yang sifatnya 'manusia gemuk, hodoh' dalam MRT London

LONDON: Polis Britain bertindak pada Isnin (30 Nov) selepas seorang penumpang wanita MRT bawah tanah London diberi kad yang menyifatkan beliau sebagai "manusia gemuk, hodoh".

Pekerja kesihatan Kara Florish berkata dalam satu tweet bahawa kad yang diberi kepadanya itu bersifat "kebencian" dan "pengecut" dan "berpotensi mengecewakan orang yang menghadapi masalah keyakinan".

Beliau mengirim tweet gambar kad itu, yang pada satu bahagian tertera kekata "gemuk" dan pada satu lagi bahagian berkata: "... Pertubuhan kami benci dan geram terhadap orang gemuk. Kami membantah jumlah banyak sumber makanan yang anda makan sedang separuh manusia di dunia kebuluran."

Mesej itu juga berkata: "Dan kami tidak faham mengapa anda tidak dapat memahami bahawa dengan kurang makan anda akan menjadi lebih baik, lebih langsing, gembira dan menemui teman bukan pencinta orang tembab yang sumbang, atau malah dapat menemui sebarang teman."

Kad itu, kononnya daripada kumpulan yang dikenali sebagai Overweight Haters Ltd, mencetuskan kemarahan di media sosial dan mendorong polis menggesa sesiapa yang menerima kad itu menghubungi polis.

"Semua pelanggan kami mempunyai hak berjalan dengan yakin, dan tingkah laku antisosial menyediakan dan tidak menyenangkan ini tidak akan diterima," kata Encik Steve Burton daripada syarikat Transport for London. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.