Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita dirogol ramai-ramai dua kali oleh lelaki sama di India

Jul 19, 2016 | 10:26 AM



NEW DELHI: Kejadian seorang wanita berusia 21 tahun dirogol ramai-ramai di negeri utara Haryana Rabu (13 Jul) lalu mengejutkan India kerana dua daripada suspek sedang dibicarakan kerana merogol beliau pada 2013.



Ia menonjolkan kesukaran berterusan melawan jenayah seksual terhadap wanita di India.



Mangsa, daripada kaum Dalit, yang sebelum ini dikenali sebagai golongan 'tidak boleh disentuh', memberitahu polis beliau diheret di luar maktab beliau di bandar Rohtak dan dirogol oleh lima lelaki sama yang merrogol beliau pada 2013.



"Mereka mengheret saya ke dalam kereta. Mereka tekan leher saya dan berkata mereka akan bunuh bapa dan saudara lelaki saya. Saya tidak tahu ke mana mereka bawa saya. Mereka adalah orang yang sama," wanita itu, yang mukanya ditutup dengan kain, memberitahu saluran televisyen India Times dari sebuah hospital di Rohtak.



Hanya dua daripada lima lelaki dalam kes pertama sedang dibicarakan. Polis berkata yang lain dilepaskan kerana kekurangan bukti.



Keluarga mangsa berkata lelaki itu mahu mereka menarik balik kes tersebut dan turut menawarkan wang kepada mereka.



Polis dikritik pada Isnin (18 Julai) kerana tidak dapat menangkap suspek walaupun selepas empat hari.



Timbalan superintenden polis Pushpa Khatri dari Rohtak memberitahu akhbar The Straits Times keluarga suspek sedang disoal siasat.



Beliau berkata dua tertuduh dalam kes pertama itu dibebaskan dengan ikat jaminan 45 hingga 50 hari lalu.



Sebanyak 32,077 kes rogol dilaporkan di India tahun lalu, meningkat 29 peratus daripada 24,923 pada 2012.



Ini walaupun jenayah seksual terhadap wanita di India menarik perhatian besar sejak 2012, menyusuli kematian seorang seorang pelajar fisioterapi yang dirogol ramai-ramai di dalam sebuah bas bergerak di ibu kota New Delhi.



Mangsa yang cedera teruk dibawa ke Singapura bagi rawatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan beliau di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >