Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita ditembak mati sejurus meninggalkan pejabat di Pulau Pinang

Feb 22, 2017 | 08:44 AM



GEORGE TOWN - Cik Ruby Lee Poh Ai baru sahaja meninggalkan syarikatnya apabila beliau ditembak mati oleh penyerang lima minit kemudian.



Beliau baru meninggalkan syarikat penghantaran barang di sebuah bangunan di Lebuh Pekaka 1 dengan sebuah kereta putih ke jalan utama ke arah Jalan Bukit Gambir sekitar 5.45 petang apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri keretanya.



Tiba-tiba, pembonceng motosikal itu melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arahnya.



Cik Lee, 49 tahun, meninggal di tempat kejadian. Sekurang-kurangnya enam tembakan mengenanya sedang keretanya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan Jalan Pekaka sebelum terhenti.



Pemandu kenderaan itu tidak cedera.



Demikian menurut laporan The Straits Times memetik The Star dan Asia News Network.



Polis percaya penyerang itu telah menunggunya meninggalkan pejabat sebelum membunuhnya.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Penolong Kanan Pesuruhjaya (SAC) Zainol Samah berkata Cik Lee bekerja di industri perkapalan dan logistik.



"Beliau bukan seorang Datin atau Datin Seri. Beliau juga bukan isteri mana-mana gangster sejauh yang kami tahu.



"Kejadian itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti kumpulan haram.



"Kami masih pasti motifnya," kata SAC Zainol berkata, sambil menambah bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Beliau menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.



Beberapa sumber menyatakan suami Cik Lee merupakan rakan kongsi dalam perniagaan kelab malam di pulau itu.



Polis melakukan sekatan jalan di beberapa kawasan, termasuk Batu Lanchang, Air Itam dan Paya Terubong, untuk mengesan penyerang.



Seorang pelajar berusia 25 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata beliau sedang memandu di sepanjang jalan yang sama apabila terdengar bunyi seperti mercun meletup.



"Saya mulanya tidak fikir ia bunyi tembakan.



"Saya turunkan tingkap dan terdengar bunyi yang lebih kuat.



"Kemudian saya melihat orang-orang berkerumun. Saya meletakkan kereta saya dan apabila saya mendekati, saya lihat sebuah kereta dengan lubang kesan peluru di tingkap.



"Saya sedar bahawa bunyi kuat itu sebenarnya bunyi tembakan," katanya, sambil menambah beliau turut memaklumkan kepada polis.



Serangan itu serupa dengan kejadian Julai lalu apabila seorang ejen hartanah ditembak mati - juga dari jarak dekat oleh dua penyerang bermotosikal semasa beliau memandu di Kuala Lumpur.



Datin Renyce Wong Siew Ling ditembak mati semasa memandu kenderaan di Taman OUG.



Anak perempuannya berusia lapan tahun, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, terkena peluru sesat.



Wong sedang memandu lima anaknya berusia antara dua dengan 13 tahun, bersama seorang pembantu rumahnya untuk makan tengah hari di restoran apabila ditembak.



Ahli Perniagaan Chin Kok Leong antara tujuh orang yang dituduh mengupah dua penyerang - M. Pal Ganapathy dan S. Vijendran - membunuh Wong berhubung hutang RM13 juta ($4.14 juta.



Wong, 32 tahun, dikatakan telah memindahkan RM5 juta dan RM8 juta dalam dua transaksi kepada ahli perniagaan itu pada 2015 sebagai pelaburan dalam perniagaan seramik, tetapi tidak menunjukkan sebarang hasil.



Dia kemudian mengupah seorang penyiasat persendirian untuk mengesan Chin.



Dalam kejadian lain di Pulau Pinang Disember lalu, ahli perniagaan Ong Teik Kwong, 32 tahun, terbunuh selepas pengawal peribadinya melepaskan tembakan di dalam kereta.



Datuk Ong didakwa ditembak di belakang kepalanya oleh Ja'afar Halid, 37 tahun, yang dilaporkan marah apabila bosnya bertanya kepada dia mengeluarkan senjata di sebuah restoran dua jam sebelum itu.



Peluru sesat daripada pistol Ja'afar terkena beberapa pejalan kaki di lebuh raya.



Dia menghadapi tiga tuduhan bunuh, lima tuduhan cuba membunuh dan satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >