Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Indonesia yang tiba di Batam dari S'pura sah tidak dijangkiti Zika

Sep 06, 2016 | 10:37 AM



JAKARTA: Seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun yang dirawat kerana demam di Batam pada Isnin (5 Sep), disahkan tidak dijangkiti virus Zika, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan.



"Beliau disahkan negatif Zika. Beliau demam, hanya demam biasa," kata Dr Oscar Primadi, ketua biro komunikasi dan perkhidmatan kesihatan Kementerian Kesihatan di Jakarta, tempat sampel darah pesakit itu dihantar dan diuji di pusat penyelidikan dan pembangunan kementerian tersebut.



Wanita itu, yang baru pulang ke Batam dari Singapura, dikejarkan ke Hospital Embung Fatimah selepas beliau mengalami demam dan diletak dalam bilik pengasingan untuk pemerhatian.



Seorang pengarah hospital berkata kepada The Jakarta Post penduduk Batam itu menunjukkan gejala serupa orang dijangkiti virus Zika, seperti demam dan mata merah, dan hospital memutuskan menghantar sampel darahnya bagi ujian di makmal di Jakarta.



Beliau kini disahkan tidak dijangkiti virus itu.



Indonesia mula memantau pelancong dari Singapura yang tiba di pintu masuk utama negara itu - Jakarta, Batam, Bali dan Medan - minggu lepas menyusuli pengesahan bahawa seorang wanita warga Indonesia sedang dirawat di Singapura bagi virus ika.



Pengimbas haba diletak di empat lokasi itu, yang popular dengan pelancong dari Republik, yang kini perlu juga mengisi kad amaran kesihatan apabila tiba.



Kementerian Kesihatan juga telah mengerahkan paramedik di lapan pelabuhan seluruh Batam, Bintan dan Karimun kerana berdekatan dengan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >