Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Jepun maut dilanggar pemandu bermain Pokemon Go

Aug 25, 2016 | 08:02 AM



TOKYO: Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera parah apabila mereka dilanggar seorang pemandu yang sedang bermain Pokemon Go, lapor Agensi Polis Kebangsaan Jepun pada Rabu (24 Ogos).



Ini kematian pertama yang dilaporkan di Jepun berkaitan permainan sangat popular itu, kata agensi tersebut.



Ia juga mungkin kemalangan jalan raya maut pertama di dunia disebabkan Pokemon Go, walaupun terdapat laporan di tempat lain tentang orang mati lemas dalam sungai, terjatuh dari tebing dan ditembak mati kerana menceroboh sambil mencari makhluk maya permainan tersebut.



Kemalangan itu berlaku pada Selasa (23 Ogos) pada kira-kira 7.25 malam di bandar Katanokamicho di wilayah Tokushima di barat Jepun.



Dua wanita itu sedang berjalan di lintasan zebra apabila mereka dilanggar sebuah lori kecil. Pendandan rambut Yukiko Nakanishi, 72 tahun, meninggal dunia, manakala pekerja sambilan Kayoko Igawa, 60 tahun, dimasukkan ke hospital kerana patah pinggul, selain kecederaan lain.



Suspek, Keiji Goou, seorang petani berusia 39 tahun, ditangkap kerana menyebabkan kematian dan kecederaan akibat terganggu semasa memandu, kata agensi itu.



Goou pada mulanya memberitahu polis dia sedang melihat masa pada telefon pintarnya, tetapi kemudian mengaku: "Saya tidak dapat melihat jalan raya dengan jelas kerana sedang bermain Pokemon Go."



Dalam permainan itu, pemain boleh memburu, menangkap, melawan dan melatih makhluk maya yang disebut Pokemon, yang muncul pada skrin seolah-olah mereka berada di lokasi dunia sebenar pemain.



Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan banyak amaran menggesa pemain supaya berhati-hati.



Terdapat 79 kemalangan jalan raya di seluruh Jepun sejak permainan itu dilancarkan bulan lepas, kata polis, manakala lebih 1,000 kesalahan trafik melibatkan pemain Pokemon Go telah direkodkan.



Di Singapura, polis meningkatkan rondaan di Hougang, tempat ramai pemain berkumpul untuk bermain permainan itu.



Dua lelaki pula ditangkap kerana bertumbuk di luar Plaza Singapura disebabkan Pokemon Go. Seorang pemandu membunyikan hon terhadap seorang pejalan kaki yang sedang asyik bermain, mencetuskan pertengkaran yang membawa kepada pergaduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >