Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Korea Utara diguna untuk goda, bunuh dalam operasi rahsia

Feb 15, 2017 | 11:18 AM



PETALING JAYA: Korea Utara diketahui menggunakan wanita sebagai sebahagian daripada operasi rahsianya, termasuk melibatkan pembunuhan.



Sebagai contoh, Cik Kim Hyun Hee, yang kini hidup dalam buangan, antara ramai wanita Korea Utara yang terlibat dalam plot rejim itu.



Cik Kim mendedahkan apa yang dilakukan beliau dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen Australia, ABC News, pada April 2013.



Selepas lapan tahun berlatih, beliau dipersiapkan oleh majikannya, pemerintah Korea Utara, untuk menjalankan pengeboman maut ke atas Penerbangan 858 Korean Air yang membunuh 115 orang pada 1987.



Serangan itu dirancang untuk menghalang pasukan luar daripada menyertai Sukan Olimpik 1988 di Seoul.



Cik Kim baru berusia 25 tahun apabila beliau dan rakannya ditangkap di Bahrain. Kedua-dua mereka menggigit pil sianida untuk membunuh diri dan mengelak ditangkap.



Cik Kim, bagaimanapun, terselamat dan selepas membelot terhadap Korea Utara, kini tinggal di lokasi rahsia di Korea Selatan, dikelilingi pengawal peribadi kerana bimbang dibunuh ejen Pyongyang.



Pada Isnin (13 Feb) lalu, Encik Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dibunuh dengan racun di lapangan terbang Kuala Lumpur, menurut Kementerian Penyatuan Korea Selatan.



Dua wanita tidak dikenali, dipercayai ejen Korea Utara, menyerang Encik Jong Nam dengan jarum beracun sebelum melarikan diri dalam teksi, lapor sebuah saluran kabel Korea Selatan, TV Chosun.



Tidak semua ejen wanita yang diambil bekerja oleh Korea Utara digunakan untuk tujuan ganas. Pada 2014, seorang bekas pegawai elit Korea Utara mendedahkan ada wanita digunakan bagi "program benih".



Di bawah program itu, menurut satu laporan akhbar Telegraph, pelawat peringkat tinggi ke Pyongyang akan disediakan dengan gundek menarik dan beberapa kemudian, diugut mengenai kelahiran seorang anak.



Menggunakan ugutan itu, pemerintah Korea Utara akan menuntut berita baik mengenai negara itu atau peluang perniagaan daripada wartawan dan ahli perniagaan yang disasarkannya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >