Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita lempar belon di majlis yang dihadiri Najib bebas tuduhan menghina

Jul 01, 2016 | 02:53 PM



KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah Malaysia membebaskan seorang wanita yang dituduh berkelakuan dengan cara menghina di khalayak ramai dengan menjatuhkan belon kuning semasa sebuah majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya.



Majistret Muhamad Faizal Ismail berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie (pada zahirnya) terhadap penerbit tarian Bilqis Hijjas, anak arkitek terkemuka Hijjas Kasturi.



"Kes seperti ini jarang sampai diadakan perbicaraan penuh kerana kebanyakan orang akan hanya mengaku bersalah. Namun, oleh kerana tidak ada kes sebelum ini dengan penghakiman sama untuk dirujuk, saya telah membuat pertimbangan teliti daripada kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan," kata Hakim Muhamad Faizal pada Jumaat (1 Julai).



Beliau berkata kenyataan saksi tidak dapat membuktikan bahawa Cik Bilqis bertujuan memprovokasi dan mencetus kemarahan.



"Saksi yang berkata berlaku kekacauan tidak boleh dibuktikan kerana acara diteruskan seperti yang dirancang dan tidak ada rempuhan di kalangan orang ramai apabila belon-belon itu jatuh," katanya.



Peguam Cik Bilqis, Encik Eric Paulsen, berkata beliau gembira dengan keputusan tersebut kerana kes itu telah dibesar-besarkan.



"Penghakiman itu menunjukkan rakyat Malaysia ada hak membantah secara aman dan perbuatan melempar belon tidak harus dijadikan jenayah," katanya.



Cik Bilqis, 36 tahun, berkata beliau berterima kasih kepada hakim kerana bersungguh-sungguh menimbangkan kes itu.



"Ia satu kejadian sangat kecil dan jika kesalahan sekecil itu dianggap sebagai satu jenayah, ia akan menjadi duluan berbahaya," katanya.



Beliau dituduh menjatuhkan belon dari tingkat lima di pusat beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada kira-kira 3.15 petang 31 Ogos, semasa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Pesta Seni Antarabangsa Kuala Lumpur DiverseCity 2015 di tingkat bawah.



Belon-belon itu tertera kekata 'demokrasi', 'media bebas', dan 'keadilan'.



Cik Bilqis didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil berkelakuan dalam cara menghina dengan tujuan mencetus kemarahan yang mungkin menyebabkan kekacauan.



Kesalahan itu membawa hukuman denda hingga RM100 ($33). - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >