WASHINGTON: Seorang wanita mati selepas asap tebal mengisi terowong kereta api bawah tanah di sini kelmarin.
Jurucakap Penguasa Transit Kawasan Metropolitan Washington (WMATA) mengesahkan kejadian itu, yang menyebabkan kesesakan pada waktu sibuk di sistem pengangkutan gerak cepat kedua paling sibuk selepas New York.