Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Muslim pertama dilantik hakim di Amerika ditemui mati

Apr 13, 2017 | 03:42 PM



NEW YORK (Amerika Syarikat): Wanita Muslim pertama yang dilantik sebagai hakim di Amerika telah ditemui mati di Sungai Hudson, semalam (12 Apr), lapor Arab News.

Cik Sheila Abdus-Salaam, 65 tahun, seorang hakim bersekutu di mahkamah tinggi New York, ditemui terapung di bahagian barat dekat Manhattan kira-kira 1.45 petang waktu tempatan, kata jurucakap polis.

Polis berjaya menarik keluar mayat Allahyarhamha yang lengkap berpakaian dan mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.

Ahli keluarga beliau telah membuat pengecaman mayat dan satu bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca kematian, kata jurucakap polis lagi.

Cik Abdus-Salaam, kelahiran Washington, D.C., menjadi wanita Afrika-Amerika pertama dilantik sebagai hakim di Mahkamah Rayuan semasa Gabenor dari Parti Demokrat, Encik Mario Cuomo menamakannya untuk menduduki jawatan tertinggi negeri pada 2013.

"Hakim Sheila Abdus-Salaam merupakan hakim yang cemerlang dalam kerjayanya di mana matlamat kehidupannya dalam perkhidmatan awam adalah untuk mendapatkan keadilan yang lebih baik untuk semua, bukan hanya mereka yang diNew York sahaja," kata Encik Cuomo dalam kenyataannya.

Ensiklopedia Princeton bagi Sejarah Politik Amerika menyatakan, Cik Abdus-Salaam merupakan wanita Muslim pertama dilantik sebagai hakim Amerika.

Menukil sumber-sumber yang mengenalinya, akhbar New York Post menyatakan, Cik Abdus-Salaam, telah dilaporkan hilang dari rumahnya di New York semalam.

Usaha pihak keluarga untuk menghubunginya juga gagal.

Sebagai lulusan Maktab Barnard dan Sekolah Undang-Undang Columbia, Cik Abdus-Salam memulakan kerjaya undang-undang beliau di Perkhidmatan Undang-Undang Brooklyn Timur sebelum dilantik menjadi penolong peguam negara New York, menurut laman Mahkamah Rayuan.

Allahyarhamha telah menyandang beberapa jawatan kehakiman selepas dilantik ke barisan kehakiman New York City pada 1991.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >