RENNES (Perancis): Seorang wanita Perancis, Emilie Koenig, yang disenarai hitam Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana merekrut anggota bagi kumpulan pengganas IS, telah ditangkap oleh tentera Kurdi di Syria, kata ibunya kelmarin.
Anak perempuan seorang pegawai polis Perancis berusia 33 tahun itu "ditahan di kem Kurdi dan sedang disoal siasat dan diseksa", kata ibunya kepada akhbar Ouest-France.