Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Saudi lebih senang guna nama samaran di media sosial

Tradisi masyarakat dan menginginkan kebebasan antara punca
Dec 15, 2015 | 10:51 AM



ABHA (Arab Saudi): Ramai wanita Saudi menyembunyikan identiti sebenar dan lebih senang menggunakan nama samaran di media sosial, seperti Twitter dan Facebook.


Mereka menggunakan nama yang memberi pelbagai konotasi sebagai menggambarkan pemilik akaun itu benar-benar mengalami keadaan yang teruk, lapor Arab News hari ini.


Pekerja sosial, Cik Latifa Salman berkata, ada beberapa sebab wanita Saudi berbuat demikian, seperti keadaan keluarga atau hanya ingin berseronok semasa memasuki sebuah dunia misteri.


Menurutnya, kira-kira tujuh dari setiap 10 atau 70 peratus wanita Saudi menggunakan nama samaran kerana bimbang terhadap kritikan masyarakat, dan menggunakan nama samaran atau identiti palsu, untuk beroleh kebahagian.


Seorang mahasiswi, Cik Rola Al-Amri berkata, ramai wanita muda Saudi hanya memaparkan sebahagian tubuh mereka kerana tidak mahu dikenali, disebabkan tradisi yang ditetapkan masyarakat dan syarat yang dikenakan keluarga, hingga membawa kepada sikap sedemikian demi mengecapi kebebasan yang tidak dinikmati selama ini tetapi boleh menimbulkan masalah lebih besar.


Seorang konsultan perubatan keluarga dan masyarakat di Universiti Raja Khalid, Dr Khaled Jalban, berkata, bersembunyi di sebalik nama samaran di rangkaian media sosial, adalah satu masalah lazim di antara lelaki dan wanita.


Menurutnya, nama dan watak samaran ini membawa konotasi berbeza, yang memaparkan keadaan hiba, dalam kesakitan, mengidapi penyakit dan rasa kekurangan - di mana kesemua ini menimbulkan rasa simpati - dan ini adalah tujuan utama di sebalik penggunaan nama samaran ini.


Ada watak-watak yang ditimbulkan didapati tersisih daripada perhatian masyarakat dan mengalami peminggiran dan tidak mempunyai peranan sosial.


Orang-orang ini mewujudkan kumpulan dan berkuasa ke atasnya demi memenuhi keperluan diri sendiri untuk merasakan bahawa diri mereka penting, di mana nama-nama ini membantu dalam membentuk hubungan masyarakat demi menarik orang lain, sama ada dari sudut kewangan, emosi atau seksual.


Adakala seseorang itu meminta orang lain memindahkan sejumlah besar wang tetapi malangnya, ada lelaki cuba mengeksploit perasaan wanita dan menggunakan nama samaran yang sering dihubungkaitkan dengan seks lebih daripada emosi.


Dalam sesetengah kes, pengguna nama samaran didapati mempunyai keperibadian psikopatik, di mana sikap dan keperibadiannya adalah berbeza dengan orang-orang di sekelilingnya.


Menyentuh tentang rawatan bagi kes-kes sebegini, Dr Jalban berkata, ia bergantung kepada jenis peranan yang dimainkan watak-watak ini.


"Sebagai contoh, jika orang itu seorang pemalu atau berasa kekurangan, kita boleh membantunya mendapatkan perhatian dan memulihkan perasaannya," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >