RIYADH: Wanita Arab Saudi yang bakal bertanding bagi jawatan pemerintah buat kali pertama pada bulan depan mula berkempen semalam - satu langkah demokratik yang membenarkan hak wanita dalam kerajaan negara konservatif itu.
Kira-kira 900 wanita akan bertanding dalam pilihan raya perbandaran pada 12 Disember ini, yang juga julung kali membenarkan wanita mengambil bahagian dalam pemilihan jawatan.