JAKARTA: Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah atau waran penahanan antarabangsa terhadap tiga eksekutif China yang disyaki mempunyai kaitan dengan penipuan sebuah syarikat di Indonesia semalam.
Jurucakap Polis Indonesia, Encik Boy Rafli Amar, berkata penipuan membabitkan syarikat penyimpanan minyak pembangunan terminal, Sinopec berjumlah AS$850 juta ($1.19 bilion) di Indonesia.