KUALA LUMPUR: Pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap berikutan tidak menjelaskan bayaran saman tertunggak mereka mula ditahan dan dibawa ke Balai Polis sebaik Operasi Warta (Ops Warta) bermula kelmarin.
Sepanjang Ops Warta yang berakhir 27 Jun ini, polis akan melakukan sekatan jalan raya tiga kali iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.