PARIS: Belgium telah mengeluarkan waran tangkapan antarabangsa bagi seorang daripada tiga beradik yang dikaitkan dengan serangan di Paris sedang polis Perancis melancarkan operasi menyerbu dan menggeledah puluhan rumah suspek militan Islam di seluruh negara.
Operasi serbuan dijalankan seawal subuh terutama di kawasan tumpuan di Lyon, dengan lima penahanan dibuat serta merampas beberapa senjata api.